| |
| Redza Rafiq ganti Annuar Zaini ketuai NCIA |
| Utusan Malaysia ,
29 December 2009 |
| By : Utusan Malaysia |
 |
| |
PIHAK Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengumumkan pelantikan Datuk Redza Rafiq Abdul Razak (gambar), sebagai ketua eksekutif baru, berkuat kuasa 1 Januari 2010 dengan tempoh kontrak selama tiga tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, NCIA berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan kekosongan susulan daripada permohonan perletakkan jawatan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, melalui surat beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bertarikh 25 November, 2009.
Permohonan peletakan jawatan Mohd Annuar diterima NCIA berkuat kuasa pada 31 Disember, 2009, kata kenyataan itu.
Perdana Menteri selaku pengerusi NCIA, dan ahlinya merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Annuar di atas sumbangan beliau dalam menerajui Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sejak awal penubuhannya sehingga ke tahap kemajuan yang telah dicapai.
Redza, pada masa ini ialah Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd. Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview pada Julai 2004 untuk menstrukturkan dan membangunkan semula Cyberjaya. |
| |
| |
|