NCIA menyedari bahawa para pelabur memiliki keunikan mereka yang tersendiri; dan lantaran itu, mereka mempunyai keperluan yang khusus, menjurus kepada bidang perniagaan mereka masing-masing. Berlandaskan hakikal ini, NCIA telah diberi amanat untuk menjayakan dasar kerajaan menerusi usaha-usaha yang diterajuinya bagi mewujudkan persekitaran yang berkesan dan kondusif demi memangkin serta merancakkan aktivi para pelabur yang telah memilih untuk menjalankan perniagaan di NCER.
NCIA akan bekerjasama untuk membantu para pelabur memulakan perniagaan mereka di sekitar NCER. Justeru itu, NCIA akan memainkan peranan sebagai leman dan fasilitator bagi menjana pertumbuhan dan menjayakan gagasan perniagaan; di samping memberi sokongan kepada para pelabur NCER menerusi peruntukan eko-sistem pemboleh yang (antara lain) akan menyediakan:
- 1. Landasan Jaringan Kerjasama
- 2. Sokongan Pembangunan Usahawan
- 3. Pertalian dengan institusi sokongan
- 4. Kemudahan serta penyelerasan dengan Agensi-Agensi Kerajaan
|