| |
| Sime Darby Berhad |
| |
| Sime Darby Berhad telah diberi peranan oleh Kerajaan untuk merangka pelan induk pembangunan di negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Beberapa kumpulan perunding telah turun padang, menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi-agensi negeri dan persekutuan, menyediakan dokumen dan statistik di samping memperolehi maklumat terus daripada para peladang, pekebun kecil dan sektor swasta. |
| |
| Sime Darby adalah pemacu konglomerat yang berjaya di dalam aktivit pelaburan di luar negara. Mereka melihat peranan mereka di dalam Koridor Utara sebagai pelabur tempatan yang bertaraf ‘luar negara’ yang pulang semula ke Malaysia untuk melabur. Ini adalah berdasarkan keyakinan yang diberikan oleh kerajaan dan pengalaman mereka yang luas di dalam sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi utama di rantau ini. |
| |
| Sime Darby yang menjalankan perniagaan utama di dalam perladangan, otomotif dan hartanah mempunyai nama baik rekod terpuji di seluruh dunia termasuk di Singapura, Hong Kong, China dan Australia. |
|
|
|