Pelan pembangunan WEKU merangkumi negeri-negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang dengan maklamat untuk mencapai wawasan sebagai sebuah wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang tahun 2025. Ianya akan menjadi koridor ekonomi yang mengamalkan gaya hidup seimbang, pendekatan perniagan secara menyeluruh, serta prihatin terhadap komuniti. Rasional penubuhan WEKU ialah untuk memperkembangkan tahap daya saing negara dan kemakmurannya dapat diagih secara lebih seimbang.


Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ("NCIA")

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ("NCIA") diwujudkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 (Akta 687) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab menentukan arah tuju, dasar serta strategi berhubung dengan pembangunan sosio ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (WEKU) yang meliputi 21 daerah dalam wilayah utara Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

    Objektif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara adalah untuk:-
  • Menggalakkan dan mempercepatkan pembangunan WEKU supaya menjadi wilayah ekonomi bertaraf dunia dan destinasi pilihan bagi pelaburan, pekerjaan dan kehidupan; dan
  • Memastikan bahawa pembangunan sosial dan pembangunan mapan diutamakan dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi di dalam WEKU.

Acara Terkini


Karnival Kerjaya, Ekonomi dan Usahawan Padang Terap

YB Dato' Seri DiRaja Mahdzir Khalid, YBhg. Dato' Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA, YB Dato' Mohd Johari bin Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Haji Badrol Hisham Haji Mohd Rejab.



Baca lebih lanjut


Iklan-iklan Tender

Muat-turun maklumat tentang tender terkini

Permohonan Cadangan "RFP"

Muat turun "RFP"

Galeri Foto

Koleksi gambar-gambar Koridor Utara

Kerjaya

Kerjaya dengan NCIA dan Wilayah Utara

Berita Terkini

Pautan RSS | Bilik Berita

1 March 2010

Northern corridor to buzz with new activities

THE relative silence and seemingly slow progress of activities in the Northern Corridor Economic Region (NCER) are about to change soon, with more visibility and activities generating from the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) office in Penang. ... Baca Lebih Lanjut

11 February 2010

NCER: RM46.2 juta bina Modal Insan

BUTTERWORTH 10 Feb - Sehingga 31 Januari lalu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperuntukkan sebanyak RM46.2 juta bagi program pembangunan modal insan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara... Baca Lebih Lanjut

3 February 2010

NCIA pelawa firma maju Hutan Belum

PIHAK Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menawarkan peluang kepada firma perunding tempatan untuk menghasilkan Pelan Induk Bersepadu (IMP) bagi pembangunan Hutan Hujan Tropika Belum-Temenggor y... Baca Lebih Lanjut