Northern Corridor Economic Region

Insentif Pertanian

agriculture

Penyediaan Pembiayaan dan Insentif-Insentif Fiskal

Pembiayaan dan insentif-insentif akan disediakan bagi menyokong strategi untuk meningkatkan skala aktiviti pertanian di Koridor Utara. Bantuan pembiayaan dan insentif-insentif fiskal akan diberi kepada projek-projek komersil yang dijalankan secara bersama dengan masyarakat tempatan seperti mana yang telah diterangkan dalam Seksyen 2.4.1 dan kepada pengusaha-pengusaha yang membekal kepada syarikat-syarikat di kawasan tersebut.

Dua pakej pembiayaan dan insentif akan disediakan untuk mengalakkan pertumbuhan sektor pertanian di Koridor Utara iaitu Pakej Insentif Pengusaha Agro Koridor Utara dan Pakej Insentif Pertanian Komersil Koridor Utara. Pakej pertama adalah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan bertujuan untuk menggalak rakyat yang berkeupayaan untuk memperolehi modal permulaan ke arah menjadi menjadi petani moden. Diharapkan pakej ini dapat membolehkan ahli-ahli agronomi yang terlatih, ahli-ahli profesional dalam pertanian, graduan agronomi dan petani yang sedia ada untuk menubuhkan pertanian moden IKS di Koridor Utara. Selain itu, pusat-pusat kemahiran yang akan dibangunkan di Koridor Utara akan membolehkan mereka yang tidak berpengalaman untuk memperolehi kemahiran dalam bidang pertanian.

Insentif-insentif yang akan disediakan meliputi:

  • Bantuan memulakan perniagaan
  • Modal teroka
  • Pinjaman mudah untuk membeli peralatan
  • Insentif fiskal
  • Terma pajakan tanah yang fleksibel, bergantung kepada pertimbangan kerajaan Negeri.

Modal perusahaan dan modal teroka untuk permulaan perniagaan akan menjadi kunci penting sebagai galakan kepada syarikat-syarikat baru dan syarikat-syarikat yang baru memulakan perniagaan, kerana syarikat-syarikat ini tidak mempunyai aset untuk dijadikan kolateral pinjaman, serta masih belum menjana pendapatan untuk membayar ansuran bulanan. Selain daripada pembiayaan dan insentif fisikal, organisasi perlaksanaan Koridor Utara dapat membantu syarikat-syarikat mencari pelabur-pelabur korporat dan rakan-rakan perniagaan yang strategik melaui kenalan-kenalan korporat di Malaysia.

Pakej kedua disasarkan untuk syarikat-syarikat besar bertujuan untuk menggalak pertanian besar-besaran secara perkongsian dengan masyarakat tempatan.

Insentif-insentif yang akan disediakan termasuk:

  • Pembiayaan
  • Pinjaman mudah untuk membeli peralatan dan lain-lain input yang penting
  • Insentif fiskal

Organisasi pelaksanaan Koridor Utara akan berperanan sebagai pusat penerimaan permohonan bagi kedua-dua pakej insentif di atas dan akan menilai permohonan serta cadangan berdasarkan kriteria yang komprehensif termasuk pengalaman pemohon serta potensi projek.

Copyright © 2008 Koridor Utara