Northern Corridor Economic Region

Cabaran-Cabaran

Tourism

Meningkatkan skala aktiviti-aktiviti pertanian

Selain daripada tanaman komersil seperti kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat perladangan, kebanyakan aktiviti pertanian dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil, terutamanya penanaman padi dan ternakan. Padi biasanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil dalam kawasan seluas 1.06 hektar (purata), berbeza dengan negara-negara lain seperti di Australia, di mana 400 hektar tanah dimajukan oleh satu keluarga. Pertanian pada skala kecil-kecilan menyebabkan ketidakcekapan, kos pengeluaran yang tinggi serta kualiti pengeluaran yang tidak konsisten. Ini akhirnya mengakibatkan hasil pengeluaran dan pendapatan yang rendah, dan menghadkan keupayaan petani untuk membuat pelaburan yang dapat meningkatkan produktiviti tanah seperti untuk sistem pengurusan air dan jentera.

Menambahbaik sistem pengedaran dan pemasaran

Isu-isu pemasaran wujud disebabkan skala penanaman yang kecil, yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk membekal hasil pada kuantiti, kekerapan dan mutu yang konsisten. Dengan itu, petani-petani serta penternak-penternak kurang berupaya untuk membekal terus kepada pasaraya mega, pasaraya biasa, pengilang ataupun peruncit yang akan memastikan permintaan berterusan bagi hasil pertanian mereka. Kebanyakan petani memasarkan hasil pertanian melalui pasar-pasar tempatan, pasar tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau orang tengah yang tidak dapat memberi harga atau kadar pembelian yang tetap.

Meningkatkan penggunaan teknologi dan amalan pertanian yang baik

Kadar penggunaan teknologi serta amalan agronomi di kalangan petani adalah masih rendah, walaupun terdapat bantuan Kerajaan dari segi khidmat nasihat mengenai amalan pertanian moden, teknologi serta benih berkualiti melalui pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan MADA. Ini antara faktor yang membawa kepada kadar pengeluaran yang lebih rendah (contohnya, pengamalan kaedah ‘tabur terus’). Tahap kemahiran teknikal yang rendah ini juga menjejaskan keupayaan untuk mencapai piawaian antarabangsa seperti Amalan Pertanian Terbaik (GAP).

Selain daripada pertanian padi, penternakan kecil-kecilan juga lazimnya tidak mematuhi piawaian antarabangsa seperti Gred Kesihatan Veterinar (VHM), Analisis Risiko dan Tanda Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan-Amalan Penternakan Terbaik (GAHP) disebabkan kekurangan kesedaran dan keupayaan untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ini mengurangkan potensi untuk mengeksport hasil-hasil pertanian dan merumitkan lagi isu pemasaran.

Meningkatkan infrastruktur

Had jangkauan sistem pengairan dan pengurusan air adalah satu faktor di sebalik kadar pengeluaran yang rendah di Koridor Utara, walaupun dengan penggunaan benih-benih padi berkualiti seperti MR84, MR167, MR185, MR219, MR220 dan MRQ50.

Justeru, penambahbaikan sistem pengairan dan pengurusan air akan menjadi salah satu inisiatif utama bagi meningkatkan hasil pertanian, terutama sekali untuk tanaman padi. Kawasan sawah padi di bawah MADA dan IADP menerima saliran, tetapi terdapat sebanyak 40,000 hektar sawah padi yang di luar skop agensi-agensi tersebut yang tidak mempunyai kemudahan sistem pengairan. Ini menyebabkan pergantungan kepada air hujan yang hanya dapat menampung 1 kitaran tanaman setahun, menghasilkan kadar pengeluaran sebanyak 3 tan sahaja atau kurang daripada itu.

Tanaman Utama dalam Koridor Utara adalah padi, getah,
kelapa sawit dan tebu

main crops currently cultivated in NCER

Sumber: Jabatan Perangkaan, pangkalan data negeri daerah, laporan kajian pengeluanran padi, pelan struktur negeri

Cabaran terbesar untuk pertanian dalam Koridor Utara berkait rapat dengan kekurangan lot-lot besar tanah pertanian yang terletak bersebelahan

Main challenge for agriculture in NCER relates to the lack of large parcels of contigous land

Copyright © 2008 Koridor Utara