Alam Sekitar
Pembangunan Mampan: Memelihara Sumber Semulajadi dan Alam Sekitar di dalam Koridor Utara
Tunggak utama ekonomi Koridor Utara – pertanian, pembuatan dan pelancongan – amat bergantung kepada keadaan dan kemampanan alam sekitar. Pada masa yang sama, kegiatan ekonomi di Koridor Utara juga akan memberikan kesan besar terhadap keadaan alam sekitar. Lebih kurang 56.6% daripada keluasan tanah di Koridor Utara adalah terdiri daripada kawasan hutan dan air. Alam semulajadi ini mesti dilindungi dan dipulihara semasa aktiviti-aktiviti pembangunan dijalankan supaya membolehkan satu pembangunan yang mampan dilaksanakan. Kegagalan untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar akan membawa kesan kepada pembangunan generasi yang akan datang.
Mencapai Penggunaan Sumber Semulajadi Secara Efisien dan Mampan
Isu utama yang dihadapi di Koridor Utara dalam memastikan pembangunan mampan dan penggunaan sumber alam yang efisien adalah pengurusan sumber air, tenaga dan bahan buangan yang kurang bersepadu.
Kekurangan pengurusan air di Koridor Utara boleh menyebabkan berlakunya banjir ketika musim hujan dan pengairan yang kurang memuaskan di kawasan pertanian pada musim kemarau.
| Negeri | Keluasan Kawasan Banjir (km2) | Keluasan Kawasan Banjir (bandar) | Jumlah Penduduk Yang Menjadi Mangsa Banjir | Purata Kerosakan Tahunan (RM juta) |
|---|---|---|---|---|
| Perlis | 26.74 | 5.12 | 12,736 | 2.75 |
| Kedah | 209.44 | 12.13 | 117,368 | 30.2 |
| Pulau Pinang | 206.83 | 57.06 | 342,524 | 44.52 |
| Perak (S) | 662.84 | 36.3 | 275,374 | 22.64 |
| NCER | 1105.85 | 110.61 | 748,002 | 100.11 |
Sumber: Daftar Kebangsaan Untuk Kajian Lembangan Sungai - Jilid 2, Mengemaskinikan Keadaan Banjir di Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, 2003
(S): Seluruh negeri
Banjir-banjir tersebut berlaku kerana kekurangan infrastruktur pengurusan air termasuk saliran dan peparitan, tasik buatan manusia dan takungan air.
Tambahan pula, walaupun air adalah satu sumber yang kini semakin terhad, data menunjukkan bahawa Wilayah ini tidak menggunakan sumber airnya secara berkesan. Air yang tidak berhasil juga berada di tahap yang tinggi.
| Negeri | Tahun 2000 (%) |
Tahun 2005 (%) |
|---|---|---|
| Perlis | 44 | 37 |
| Kedah | 46 | 41 |
| Pulau Pinang | 23 | 19 |
| Perak (S) | 38 | 30 |
| Malaysia | 40 | 38 |
Sumber: Rancangan Malaysia Ke-9 2006, Jadual 18-7
(S): Seluruh negeri
| Negeri | Penggunaan Per Kapita Per Hari (liter/kapita/hari) | |
|---|---|---|
| Tahun 2000 | Tahun 2001 | |
| Perlis | 243 | 261 |
| Kedah | 281 | 305 |
| Pulau Pinang | 466 | 469 |
| Perak (S) | 251 | 266 |
| Malaysia | 282 | 287 |
Sumber: Panduan Industri Air Malaysia, Persatuan Air Malaysia, 2003
(S): Seluruh negeri
Selain daripada air, penggunaan tenaga dan sisa juga mesti dikurangkan. Ini adalah, kerana sebahagian besar daripada tenaga yang digunakan adalah berasal daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti gas dan batu arang, yang bergantung pada bekalan bahan sua yang diimpot dan juga menyebabkan pencemaran ketika dihasilkan. Sisa harus dikurangkan supaya keperluan untuk merawat dan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui boleh dikurangkan.
Oleh kerana pembangunan Wilayah ini dijangka akan menjadi lebih pesat melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam Rangka Tindakan, pengurusan air, penjimatan tenaga dan amalan-amalan pengurusan sisa perlu diperkenalkan dalam mengurangkan tekanan terhadap sumber semulajadi di dalam Wilayah ini.