Strategi Untuk Mara Ke Hadapan
Sebahagian besar tanah Koridor Utara telah diklasifikasi sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di Koridor Utara
- Rancangan Fizikal Nasional 2005 telah membahagikan KSAS kepada 3 kelas berlainan berdasarkan kedudukan kriteria khusus
- Tanah NSA mengandungi sebahagian besar kawasan KSAS Tahap 1 dan tanah ini akan diwartakan sebagai Kawasan Perlimdungan
Inisiatif-inisiatif untuk mengukuhkan perlindungan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) sedang dicadangkan
Melindungi dan menyelenggara hutan
- Organisasi pelaksanaan Koridor Utara, yang dianggotai oleh keempat-empat negeri, akan memainkan peranan aktif dalam melindungi sumber alam sekitar di kawasan tersebut, termasuk kawasan hutan. Sebagai contoh, penanaman semula di kawasan pembalakan yang telah diterokai akan dilaksanakan dan kawasan pemuliharaan binatang liar juga akan diwujudkan. Ini semua akan membolehkan pendapatan melalui sektor pelancongan dijanakan melalui hutan-hutan tersebut
Melindungi eko-sistem pantai yang sensitif
- Kawasan paya mustahak untuk diwartakan sebagai hutan perlindungan dan mekanisma dirangka untuk menguatkuasakan perlindungan
- Penambakan tanah pantai untuk tujuan pelancongan dan perbandaran akan ditegah, hanya penambakan tanah untuk tujuan infrastrutur akan diluluskan
Mengawal pembangunan di tanah tinggi
- Pihak berkuasa perancangan negeri dan tempatan akan memastikan semua pembangunan bandar dan pertanian di kawasan tanah tinggi Koridor Utara hanya akan dibenarkan di kawasan Pengurusan Kawasan Istimewa (SMA) Cameron Highlands-Kinta-Lojing
- Selain itu, prasyarat di bawah mesti dipenuhi dalam membuat permohonan untuk SMA:
- Kawasan padang golf baru dan perkilangan tidak akan dibenarkan
- Pembangunan pertanian hanya akan dibenarkan di kawasan yang mempunyai cerun 25° ke bawah
- Sinergi di antara pertanian dan pendidikan akan diperkukuhkan
Usaha dilengkapi dengan inisiatif-inisiatif untuk mempertingkatkan pengurusan air, tenaga dan bahan buangan
Pengurusan Sumber Air Bersepadu (PSAB)
- Pelaksanaan Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) dalam pembangunan kawasan bandar seperti langkah “kawal-sumber” dan sistem saliran jenis “swale”
- Mempromosikan pemeliharaan air dan kitar semula di kalangan pengguna industri dengan menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan pemasangan alat jimat air dan alat penuaian air hujan
- Mendalamkan lagi terusan-terusan pengairan untuk meningkatkan keberkesanan pengairan,produktiviti air dan mengurangkan bencana banjir
Menggalakkan kecekapan tenaga
- Menggalakkan penjanaan bertempat tetap fasa demi fasa, bukan kuasa elektrik grid iaitu penjanaan elektrik melalui loji kuasa konvensional contohnya, Combined-Cycle Gas Turbine (CCGT) tidak berkecekapan tinggi (lebih kurang 45% tahap kecekapan). Penubuhan kawasan perindustrian pesat iaitu taman perindustrian akan terbukti kawasan sesuai untuk penjanaan bertempat tetap
- Menggalakkan syarikat dengan akses kepada biojisim pertanian akan digalakkan untuk menggunakannya sebagai bahan sua untuk kegunaan tenaga mereka
Mengawal pembangunan di tanah tinggi
- Melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan atau mengguna kembali bahan buangan, termasuk mencari penggunaan alternatif untuk bahan buangan
- Meningkatkan kesedaran pengguna melalui kempen bimbingan atau promosi, memberi insentif, menyenangkan penggunaan dan mengukuhlan penguatkuasaan dalam mengurang dan mengitar semula bahan buangan. Menggalakkan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
Copyright © 2008 Koridor Utara