Infrastruktur

Untuk menggalakkan pembangunan dalam sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan di Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan suasana yang kondusif untuk pembangunan ekonomi dengan menggabungkan infrastruktur fizikal, seperti sistem pengairan untuk kawasan pertanian, sistem utiliti dan sistem pengangkutan, dan infrastruktur “lembut” seperti modal insan, dana, insentif-insentif dan sistem penyampaian awam yang lebih cekap. Tumpuan akan diberikan kepada usaha-usaha mempertingkatkan kemudahan perhubungan dalam dan luar negara, memperkukuhkan infrastruktur utiliti awam untuk menyokong pembangunan ekonomi, menyediakan insentif yang bersasaran dan berdaya saing yang akan menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan yang dipromosikan, dan menubuhkan organisasi khusus untuk memandu dan menyelaraskan pelaksanaan.
Jalan Raya dan Jambatan
-
Perhubungan jalanraya di Koridor Utara akan dipertingkatkan melalui beberapa buah projek.
- Lebuhraya Utara-Selatan dari Ipoh ke Bukit Kayu Hitam
- Jambatan Pulau Pinang
- Pelebaran Jambatan Pulau Pinang
- Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua
- Lebuhraya Pesisiran Pantai – pelebaran jalan raya yang sedia ada dan membina yang baru
- ‘Central Spine’ – pelurusan dan pelebaran jalanraya sedia ada serta membina jalanraya baru
- Pelebaran jalan Butterworth-Kulim-Grik-Jeli-Kota Bharu
- Penaiktarafan jalan dari Alor Setar ke Kuala Nerang dan dari Kuala Nerang ke Tasik Pedu
- Penaiktarafan jalan dari Taiping ke Grik
- Lebuhraya Yan-Gurun
Sedia ada:
Projek yang dirancang atau dicadangkan:
Landasan Kereta Api
Perjalanan jarak jauh dan perkhidmatan komuter melalui sistem kereta api akan dipertingkatkan melalui beberapa projek.
Sedia ada:
- KTM dari Ipoh ke Padang Besar
Projek yang dirancang atau dicadangkan:
- Projek landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar
- Monorel Pulau Pinang
- Dua terminal bersepadu di Pulau Pinang
- Terminal bersepadu di Kulim
- Monorel Seberang Perai dari Prai-Kulim-Sungai Petani
- Kereta api komuter dari Ipoh ke Sungai Petani
- Landasan kereta api Kota Bharu-Jeli-Butterworth
- Depot Komersil Dalaman di Padang Besar
Pelabuhan Laut dan Lapangan Terbang
Perhubungan maritim dan udara yang mantap akan menjadi penting dalam mempromosikan barangan yang dikeluarkan dari Koridor Utara di pasaran antarabangsa. Beberapa pembaikan kepada prasarana yang sedia ada telah pun dirancangkan.
Lapangan Terbang sedia ada:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
- Lapangan Terbang Alor Setar
Projek yang dirancang atau dicadangkan:
- Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Memperluaskan perhubungan udara untuk membawa masuk lebih banyak pelawat ke Koridor Utara.
Pelabuhan sedia ada:
- Pelabuhan Kontena Butterworth
- Kuala Kedah
- Kuala Perlis
- Pulau Langkawi
Projek yang dirancang atau dicadangkan:
- Pembesaran Pelabuhan Kontena Butterworth
- Penambahan bilangan kapal pesisir pantai, perkhidmatan feri atau perhubungan dengan pelabuhan di Sumatera, Phuket dan Myanmar.
