Pembuatan
Kedudukan Semasa
Sektor pembuatan dijangka menjadi satu pemacu pertumbuhan kukuh bagi Koridor Utara. Sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Koridor Utara dengan sumbangan sebanyak 34% kepada KDNK wilayah pada tahun 2000 - setanding dengan gambaran keseluruhan Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 35% kepada KDNK nasional1. Sektor ini juga mengupah 28% tenaga kerja Wilayah Utara pada tahun yang sama2. Walaubagaimanapun, taburan aktiviti pembuatan tidak sama rata, aktiviti lebih tertumpu di Pulau Pinang berbanding dengan negeri-negeri lain di Wilayah ini.
Rajah menunjuk kepada Peratusan Sumbangan Pembuatan kepada KDNK bagi Negeri-Negeri Koridor Utara, 2005.
Sumber: Laman web Perbadanan Pembangunan Negeri masing-masing (S): Seluruh negeri
Koridor Utara merupakan satu kawasan yang menempatkan salah satu sektor terpenting kepada ekonomi Malaysia - iaitu sektor produk E&E, yang tertumpu di Pulau Pinang dan Kulim. Sektor E&E menyumbang sebanyak 64.1% kepada eksport pembuatan pada tahun 20053 dan menarik sebanyak 42.6% daripada keseluruhan pelaburan asing (FDI) di Malaysia pada tahun 20064.
Industri elektronik di Malaysia bermula sejak 1970an dan kini menjadi tempat berpusatnya syarikat-syarikat multinasional dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah, Taiwan dan Korea. Kekuatan Malaysia dalam industri ini dapat dilihat dari segi pengeksportan alat semikonduktor dan peralatan audio visual yang unggul.
Industri elektronik di Wilayah Utara merangkumi:
- Pembuatan komponen elektronik
Industri pembuatan komponen elektronik dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional terutama dari AS, Jerman dan Jepun. Pembuatan semikonduktor merupakan sebahagian besar daripada pembuatan komponen elektronik dengan 53 syarikat terlibat dalam pengeluaran, pemasangan, reka bentuk dan pengujian litar bersepadu. - Pembuatan elektronik pengguna
Industri elektronik pengguna mengeluarkan set televisyen, radio, kamera perakam video dan kamera digital. Disebabkan oleh margin keuntungan yang rendah di dalam sektor ini, aktiviti-aktiviti nilai tambah yang rendah telah dipindahkan ke negara-negara kos rendah manakala R&D yang bernilai tinggi dijalankan di Malaysia. - Pembuatan elektronik kegunaan industri
Industri pengeluaran elektronik untuk kegunaan industri mengeluarkan kebanyakan produk-produk ICT dan produk-produk komunikasi dan rangkaian; dan ia dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional.
Selain daripada E&E, sub-sektor pembuatan yang sedia ada di Wilayah Utara termasuk pemasangan automatif (terkumpul di Gurun dan Kulim), bahan kimia dan baja, hasil sampingan petroleum dan mesin serta peralatan.
- Sumber: Pelan Fizikal Nasional, 2005
- Berdasarkan Laporan UNDP 2004, guna tenaga kerja dalam sektor pembuatan ialah 14% di Perlis, 24% di Kedah, 42% di Pulau Pinang dan 21% di Perak pada tahun 2000. Menggunakan angka Jabatan Statistik bagi tenaga kerja di negeri-negeri berkenaan pada tahun yang sama, guna tenaga kerja dalam pembuatan ialah sejumlah 28% di keempat-empat negeri ini.
- Sumber: Pelan Industri Induk Ketiga, m/s 7
- Sumber: Laman web MIDA