Sub-Sektor
Inisiatif-Inisiatif Spesifik Sub-Sektor
Selain daripada program-program yang penting seperti yang digambarkan di atas,galakan yang disasarkan kepada sektor-sektor pembuatan terutama sekali E&E, bioteknologi, bahan-bahan mampan, pertanian hiliran, gas dan minyak serta automotif; akan diperkukuhkan lagi oleh inisiatif-inisiatif sub-sektor dan kelompok yang khusus.
Kelompok Elektrikal dan Elektronik
Inisiatif Koridor Utara merangkumi usaha membantu negara Malaysia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pusat pengeluaran elekronik yang ketiga terbesar di Asia dan untuk mengukuhkan zon E&E sebagai zon yang dapat membolehkan penubuhan kelompok-kelompok pembuatan lain seperti komponen auto elektronik, produk-produk perubatan dan konsol elektronik. Nilai tambah bagi sektor E&E disasarkan meningkat daripada 15% pada tahun 2005 kepada 30% menjelang 2012.
Rajah menunjuk kepada Kelompok Elektrikal dan Elektronik
Inisiatif-inisiatif tambahan yang akan melengkapkan program-program penting termasuklah:
- Menanda aras inisiatif-inisiatif bagi sektor E&E di Malaysia dan Koridor Utara dengan negara-negara yang bersaing untuk jenis FDI yang sama, dan memperkenalkan perubahan- perubahan yang dikehendaki untuk kekal menjadi destinasi E&E FDI yang utama.
- Mewujudkan kelompok E&E dari Bayan Baru-Gurun ke Taiping, dan mempromosikan kelompok-kelompok tersebut untuk menarik pelaburan.
- Menggunakan Multimedia Super Koridor (MSC) di Pulau Pinang dan Lembah Meru (Meru Valley) sebagai peluang tambahan untuk mengkomersilkan inovasi E&E dan teknologi tinggi.
Kelompok Bioteknologi
Rajah menunjuk kepada Kelompok Bioteknologi
Inisiatif-inisiatif tambahan yang akan melengkapkan program-program penting termasuklah:
- Pembajaan-bio dan racun perosak-bio akan digalakkan untuk meningkatkan hasil, mengurangkan penggantungan ke atas bahan-bahan kimia dan menggalakkan pertanian organik
- Bahan buangan pertanian (contohnya, tandan-tandan buah kosong dan sabut beras) akan dikumpul untuk pemprosesan hiliran (contohnya, serabut)
- Bekerja dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia untuk menggalakkan dan mengawal aktiviti-aktiviti tinjauan-bio (penemuan bahan-bahan aktif farmaseutikal dan kosmetik) berdasarkan aset-aset kepelbagaian-bio di Hutan DiRaja Belum
- Spesies-spesies ini akan diternak di Koridor Utara dan pengeluaran pati yang mengikut piawaian akan menjadi salah satu tunjang dalam sektor pengeluaran utama di negeri Pulau Pinang
- Sebagai tambahan kepada inisiatif-insiatif Koridor Utara, bantuan kewangan khas akan dirundingkan
Kelompok Pertanian Hiliran
Salah satu daripada matlamat inisiatif Koridor Utara adalah untuk mengubah Wilayah ini menjadi zon makanan moden di Malaysia. Selain daripada padi, penternakan haiwan, akuakultur, penanaman pokok buah-buahan dan tanaman kontan akan dimodenkan dan digalakkan secara besar-besaran.
Ini akan menggalakkan pusat pemprosesan makanan yang terlibat dalam penyediaan, masakan, mengawet dan mengetin produk-produk makanan. Oleh kerana pensijilan halal adalah penting bagi Koridor Utara untuk mengeksport produk-produk makanannya ke negara Islam, Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar akan digunakan sebagai taman pengeluaran makanan halal.
Rajah menunjuk kepada Kelompok Pertanian Hiliran
Inisiatif-inisiatif tambahan yang akan melengkapkan program-program penting termasuklah:
- Membangunkan program-program pengeluaran yang di dorong oleh pasaran bagi setiap segmen makanan yang dikenalpasti untuk memastikan kualiti, frekuensi dan kuantiti pembekalan terjamin
- Menggalakkan program ini dengan mewujudkan kemudahan pengangkutan dan penyimpanan untuk memastikan kesegaran barangan yang mudah rosak
- Mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai di Sumatera Utara dan selatan Thailand di mana pertanian makanan dapat dikembangkan atau mencari bekalan sumber bagi pemprosesan hiliran di Koridor Utara
- Memperluaskan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor teknologi makanan
- Membantu menubuhkan dan mempromosikan jenama-jenama terbaik dunia
Kelompok Industri Automotif
Koridor Utara merupakan tuan rumah kepada 2 kilang pemasangan yang utama iaitu Inokom di Kulim dan Naza Motors di Gurun. Gurun juga merupakan tempat pemasangan bagi motosikal Yamaha. Selaras dengan Dasar Automotif Nasional, matlamat Koridor Utara adalah untuk menarik pelabur-pelabur yang menjalankan operasi pada tahap skala yang bersesuaian, di samping membolehkan perhubungan dengan industri tempatan. Ia juga akan menyediakan 1 platform bagi penjual-penjual tempatan untuk berhubung dengan rangkaian pembekal global dan mengambil bahagian dalam kumpulan reka bentuk antarabangsa.
Rajah menunjuk kepada Kelompok Industri Automotif
Inisiatif tambahan yang akan melengkapkan program-program penting termasuklah:
- Pelabur-pelabur yang berpotensi akan layak untuk menerima kedua-dua insentif Koridor Utara dan insentif yang disediakan di bawah Dasar Automotif Nasional seperti Industrial Adjustment Fund
- Pusat vokasional yang sedia ada akan ditingkatkan untuk menjadi pusat kecemerlangan kemahiran dalam memastikan modal insan yang perlu bagi kemajuan industri tersebut.
Kelompok Bahan-Bahan Mampan
Industri bahan-bahan mampan akan dijadikan satu kawasan utama yang berdekatan dengan pusat pengeluaran pertanian utama, bagi memastikan pengangkutan bahan mentah yang mudah terutama sekali bahan buangan pertanian seperti tandan-tandan buah kosong (inisiatif “waste2wealth”).
Rajah menunjuk kepada Kelompok Bahan-Bahan Mampan
Teknologi yang diperdagangkan bagi bahan-bahan mampan yang menggunakan hasil pertanian dari Koridor Utara akan digalakkan melalui beberapa insentif yang tersendiri. Kawasan yang dipromosikan adalah seperti berikut:-
- bio plastik daripada jagung, ubi kentang dan minyak kelapa sawit
- bahan-bahan bungkusan daripada tandan buah kosong, tepung jagung dan tebu
- kertas unik (contohnya, speaker cones, kertas perubatan, kertas bateri) dari tandan buah kosong
- komposit gentian plastik daripada fiber dan plastik yang tegal