Pelancongan & Logistik
Kedudukan Semasa
Sektor tertiari telah menyumbang sebanyak 54.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Koridor Utara bagi tahun 20001. Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripada jumlah tersebut adalah tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam. Justeru, Koridor Utara ditubuhkan dengan matlamat untuk mempelbagaikan sektor tertiari ini serta membawanya kearah sektor perkhidmatan moden dengan lebih segera. Tumpuan akan diberi kepada sektor pelancongan dan logistik dengan memanfaatkan pusat pelancongan ternama di kawasan ini seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama serta kedudukan strategik Koridor Utara dalam konteks IMT-GT.
- Penunjuk bagi negeri Perak mencakupi seluruh negeri