Logistik
Koridor Utara terletak di dalam lingkungan IMT-GT dan bersebelahan dengan Koridor Timur. Kawasan-kawasan ini boleh dihubungkan dengan Koridor Utara melalui jalan udara, laut, jalan raya mahupun landasan kereta api, serta mempunyai fokus ekonomi yang sama di mana sebahagian besar daripada kawasan tersebut digunakan bagi aktiviti pertanian, pembuatan ringan dan pelancongan.
Zon-zon IMT-GT dan Koridor Timur berpotensi untuk menawarkan sumber bekalan dan saluran pasaran baru untuk para pengilang di Koridor Utara. Para pengilang boleh memilih untuk mendapatkan bekalan daripada pelbagai sumber serta mengumpulkan bahan mentah dan separa siap dari negara jiran bagi menghasilkan produk bertambah nilai yang unik untuk dipasarkan. Selain itu juga, para pengilang di Koridor Utara boleh menghasilkan produk siap atau separa siap untuk dipasarkan di zon-zon berhampiran.
Justeru itu, Koridor Utara harus memanfaatkan lokasinya yang strategik dan infrastrukturnya yang moden dan canggih bagi menghasilkan peluang pemasaran baru terutamanya dalam memenuhi permintaan dari IMT-GT.
Pelabuhan
Pelabuhan Pulau Pinang telah dikenalpasti sebagai pelabuhan serantau bagi kawasan- kawasan di utara Semenanjung Malaysia. Ia dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden bagi menguruskan perkhimatan kargo yang lengkap (termasuk kargo pukal kering dan cecair serta kargo di dalam kontena) serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Ia mempunyai keupayaan pengendalian sebanyak 25 juta tan kargo setahun.
Dalam konteks laluan laut, Koridor Utara akan memainkan peranan sebagai hab trans- penghantaran dan pelabuhan antara daratan bagi rantau ini. Sebagai contoh, barangan yang di import dari selatan Thailand dibawa masuk ke Malaysia melalui Pelabuhan Pulau Pinang.
Lapangan Terbang
Lapangan-lapangan terbang Pulau Pinang dan Alor Setar adalah 2 lapangan terbang di Koridor Utara yang terlibat dengan pengendalian kargo udara. Pada tahun 2005, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mengendalikan kargo seberat 221,971 tan metrik.