Pertanian
Matlamatnya adalah untuk menjadikan Koridor Utara sebuah zon makanan moden bagi Malaysia, yakni membantu negara untuk meningkatkan kecekapannya dalam pengeluaran makanan. Ini termasuk menggalakkan perladangan secara besar-besaran. Justeru itu, produktiviti pertanian padi ditingkatkan secara mendadak (misalnya melalui benih, pengairan dan organisasi yang lebih baik), pengumpulan tanah yang terbiar untuk tanaman baru serta penternakan dan penerokaan dalam aktiviti pertanian hiliran. Beberapa hasil yang disasarkan menjelang tahun 2012 adalah seperti berikut:
- Meningkatkan eksport pertanian daripada RM32 bilion kepada RM48 bilion
- Meningkatkan hasil padi daripada 4 tan setiap hektar tanah kepada 8 tan setiap hektar
- Meningkatkan keuntungan purata setiap hektar tanah yang diusahakan kepada RM10,000 setiap hektar setahun
- Meningkatkan jumlah tanah pertanian1 yang diusahakan daripada lebih kurang 800,000 hektar tanah kepada 1 juta hektar
| KPI | 2005 | Sasaran 2012 | Sasaran 2020 | Sasaran 2025 |
|---|---|---|---|---|
| Eksport pertanian Koridor Utara | RM32 bilion setahun | RM48.1 bilion | RM77.7 bilion | RM102.6 bilion |
| Purata hasil padi setiap hektar |
3–5 tan setiap hektar | 8 tan setiap hektar | 10 tan setiap hektar |
- Kecuali kelapa Sawi