Northern Corridor Economic Region

Visi

Untuk menjadi wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang 2025 bagi orang ramai melabur, tinggal, bekerja, belajar, melawat dan menyara keluarga dalam alam sekitar yang selamat, bersih dan mampan

Wawasan Koridor Utara adalah untuk menjadi wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang tahun 2025, di mana sektor E&E, pertanian, pelancongan dan bioteknologi adalah di antara sebilangan sektor ekonomi utama yang terbaik di dunia. Melalui penyediaan suasana perniagaan yang sesuai, Koridor Utara akan menjadi satu destinasi pilihan bagi peniaga asing dan tempatan untuk melabur, manakala penekanannya terhadap pembangunan sosial, infrastruktur masyarakat dan integriti alam sekitar akan menjadikannya tempat pilihan utama rakyat Malaysia dan warga asing untuk bekerja, belajar, melancong dan menetap.

Justeru itu, misi program pembangunan Koridor Utara adalah untuk membantu Wilayah ini mencapai wawasannya, dengan mengenal pasti peluang yang berpotensi dari segi komersil dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk:

  • Mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan melalui program-program yang menjana kuntungan
  • Mencapai pembangunan yang seimbang dalam semua sektor, daripada pertanian ke perindustrian
  • Meningkatkan modal insan untuk memenuhi keperluan pasaran dunia yang berdaya saing
  • Meningkatkan pelaburan sektor swasta dan Inisiatif Pembiayaan Swasta

Pelaksanaan program-program di atas akan memberi tumpuan kepada teras ekonomi, sosial dan fizikal, seperti mana yang digambarkan di bawah:

Rangka kerja asas untuk pembangunan didorong visi dan misi

Copyright © 2008 Koridor Utara