Perkhidmatan Logistik
Kedudukan Koridor Utara yang di dalam lingkungan pertumbuhan IMT-GT dan bersebelahan dengan Koridor Timur. Dengan menggunakan kelebihan ini, matlamat utama adalah untuk menjadikan Koridor Utara sebagai satu pusat pemprosesan dan pelabuhan entrepot yang utama. Koridor Utara akan menceburi bidang hasil tanaman dan barang-barang perkilangan di kawasan pedalaman, yang mungkin akan diproses di Koridor Utara dan dihantar melalui Pelabuhan Pulau Pinang. Selain itu, perkhidmatan penghantaran dari Thailand dan Sumatera ke Pelabuhan Pulau Pinang akan dipertingkatkan agar dapat menjadikan pelabuhan tersebut sebagai satu pusat pengedaran perkapalan yang terkenal. Sasarannya adalah untuk meningkatkan pemprosesan kargo di Pelabuhan Pulau Pinang daripada 770,000 TEU pada tahun 20051 kepada 1 juta TEU menjelang tahun 2012.
| KPI | 2005 | Sasaran 2012 | Sasaran 2020 | Sasaran 2025 |
|---|---|---|---|---|
| Purata perbelanjaan bagi seorang pelancong | RM1,890 | RM3,034 | RM5,214 | RM5,432 |
| Perbelanjaan tahunan pelancongan perubatan |
< RM200 juta | RM350 juta | RM712 juta | RM860 juta |
| Resit pelancongan tahunan | RM9 bil | RM21.8 bil | RM64.5 bil | RM111.2 bil |
| TEU diproses di Pelabuhan Pulau Pinang |
770,000 TEU | 1 juta | 1.85 juta | 2.2 juta |
- Laman web Pelabuhan Pulau Pinang