Northern Corridor Economic Region

Pembuatan

Koridor Utara akan menjadi pusat elektronik berteknologi tinggi di Wilayah ini, berkembang daripada aktiviti pemasangan dan ujian yang dijalankan sekarang kepada aktiviti-aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi termasuklah fabrikasi wafer, reka bentuk cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan pembangunan bahan atau pembungkusan. Untuk mereliasasikan aspirasi ini, beberapa program akan dilaksanakan untuk mengukuhkan modal insan dalam bidang yang berkaitan. Insentif-insentif akan diberi untuk menggalakkan syarikat-syarikat multinasional menempatkan aktiviti-aktiviti nilai tambah yang tinggi di Koridor Utara.

Di samping E&E, sub-sektor perusahaan lain yang akan digalakkan adalah pertanian hiliran, minyak dan gas, bioteknologi, bahan mampan dan automotif.

Hasil yang disasarkan menjelang tahun 2012 termasuklah:

  • Meningkatkan pelaburan dalam sektor perusahaan Koridor Utara daripada RM16.5 bilion pada tahun 20061 kepada RM24.3 bilion
  • Meningkatkan  peratusan tenaga pekerja dalam sektor perusahaan yang terlibat dalam akitiviti-aktiviti nilai tambah yang tinggi kepada 30%
  • Meningkatkan nilai tambah sebagai peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30%
KPI 2005 Sasaran 2012 Sasaran 2020 Sasaran 2025
Pelaburan dalam sektor pembuatan setiap tahun RM15.6 bilion RM24.3 bilion RM43.5 bilion RM62.2 bilion
Peratusan tenaga pekerja dalam sektor pembuatan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah < 20% 30% 36% 40%
Nilai tambah sektor pembuatan 15% (E&E sahaja) 30% 42%

45%

 

Indeks Prestasi Penting (KPI) Sektor Pembuatan bagi koridor Utara
  1. Sumber: “Jumlah Pelaburan Modal yang dicadangkan” daripada laman web MIDA. Angka mewakili jumlah untuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di mana peratusan bagi Perak termasuk jumlah seluruh negeri tersebut

Copyright © 2008 Koridor Utara