Strategik & Hasil Yang Disasarkan
Inisiatif Koridor Utara merupakan sebahagian daripada langkah keseluruhan Kerajaan untuk menggalakkan pembangunan yang seimbang bagi seluruh kawasan/negeri di Malaysia, dan pada masa yang sama mempercepatkan langkah Malaysia ke arah aktiviti-aktiviti ekonomi nilai tinggi yang didorong ilmu pengetahuan.
Strategik
Strategi tersebut akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pertumbuhan ekonomi daripada aktiviti ekonomi yang terpilih di Wilayah Utara yang berpotensi untuk mencapai peringkat cemerlang. Ini akan dijalankan dengan menyediakan insentif-insentif untuk pelaburan sektor swasta, mengenal pasti pelabur utama dan mendapatkan pemboleh utama yang akan mewujudkan suasana perniagaan yang sesuai – termasuk membangunkan modal insan yang diperlukan, menyediakan teknologi dan menambah serta menaiktaraf infrastruktur. Sektor ekonomi utama yang telah dikenal pasti untuk diberi galakan ialah pertanian, pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan logistik.
Hasil yang Disasarkan
Pembangunan di dalam sektor yang dipromosikan akan dipercepatkan melalui beberapa program yang strategik:
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program-program di bawah inisiatif Koridor Utara adalah bertujuan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Wilayah ini sebanyak 306%, daripada RM52.7 bilion1 pada tahun 2005 kepada RM214.1 bilion menjelang tahun 2025. Peningkatan ini sepadan dengan peningkatan KDNK per kapita sebenar daripada RM8,9882 setahun pada tahun 2005 kepada RM24,582 menjelang tahun 2025. Dari segi pekerjaan, peningkatan yang mendadak dalam produktiviti pertanian akan meningkatkan ratio bilangan hektar tanah yang diladangkan berbanding dengan bilangan pekerja yang diperlukan. Walaubagaimanapun, peningkatan tanah yang diladangkan dan peningkatan aktiviti-aktiviti pembuatan serta perkhidmatan bukan sekadar memberi pampasan, malah pekerjaan di Wilayah ini dijangka akan meningkat daripada 2.43 jut3a pada tahun 2005 kepada 4.0 juta4 menjelang tahun 2025.
- KDNK bagi tahun 2005 untuk Perlis, Kedah, Perak (seluruh negeri) dan Pulau Pinang pada harga tahun 1987. Angka-angka ini dikira dengan
menggunakan KDNK Malaysia pada tahun 2005 pada harga tahun 1987 daripada “Ekonomi Malaysia dalam Angka, 2006”, diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU); dan bahagian KDNK mengikut negeri pada tahun yang sama, Pelan Induk Industri Ketiga m/s 32 (sumber data: EPU). Walau bagaimanapun, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-8, KDNK pada harga tahun 1987 untuk keempat-empat negeri tersebut
bersamaan RM64.2 bilion - Dihitung daripada KDNK Wilayah Utara (nota kaki 3) dan penduduk Wilayah Utara (m/s 361 Rancangan Malaysia Ke-9)
- Ramalan Rancangan Malaysia Ke-8
- Tidak termasuk bekerja sendiri