Northern Corridor Economic Region

Pelancongan

Strategi bagi pelancongan mempunyai 2 pendekatan. Pertama, Koridor Utara akan dijadikan sebagai 1 destinasi pelancongan yang utama bagi pelancong-pelancong yang mencari pusat peranginan dan spa yang terbaik serta tempoh percutian yang panjang. Kedua, menjadikan Koridor Utara sebagai pusat pelancongan perubatan di Asia dengan menyediakan kepakaran perubatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Wilayah ini akan dikenali sebagai pusat kecemerlangan bagi bidang-bidang seperti rawatan jantung dan onkologi, memiliki hospital-hospital yang diiktiraf dunia serta pakar perubatan dan penjagaan yang berkelayakan tinggi. Hasil sasaran utama adalah untuk meningkatkan purata perbelanjaan setiap pelancong daripada RM1,890 kepada RM3,034 menjelang tahun 2012 serta meningkatkan hasil pendapatan sektor pelancongan daripada RM9 bilion kepada RM21 bilion dalam tempoh yang sama.

Pada masa yang sama, sasaran bagi perbelanjaan tahunan pelancongan perubatan dianggar akan melebihi RM350 milion menjelang tahun 2012 ekoran tumpuan yang diberikan ke atas pelancongan perubatan.

Copyright © 2008 Koridor Utara