Empat program NCIA bantu perkasa ekonomi rakyat

BUKIT MERTAJAM, 14 Nov — Kepimpinan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan sentiasa mencari jalan keluar dan penyelesaian dalam usaha menangani masalah peningkatan kos hidup yang sering membelenggu rakyat masa kini, bagi memastikan pembangunan secara keseluruhannya dapat dinikmati setiap rakyat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi tujuan itu adalah dengan penubuhan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) khusus bagi menyelaras dan mempercepatkan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), yang menampilkan program-program dan inisiatif baharu dalam menyantuni rakyat.

“Program-program ini adalah inisiatif baharu dalam menyantuni rakyat ke arah pembangunan menyeluruh bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, peluang keusahawanan dan peningkatan isi rumah yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat di negeri ini.

Sumber: BERNAMA