Mencari kelebihan anda

Matlamat utama Program empowerNCER ini adalah untuk meningkatkan dan memperkasakan tahap sosioekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pembangunan Program empowerNCER dilaksana berdasarkan keperluan sosioekonomi sesebuah daerah atau kawasan dan keperluan industri sedia ada di kawasan setempat serta berteraskan prinsip keterangkuman (inclusiveness).

Program empowerNCER juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan daya kebolehpasaran bagi merebut peluang-peluang ekonomi di NCER serta merapatkan jurang sosio-ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Program empowerNCER juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan daya kebolehpasaran bagi merebut peluang-peluang ekonomi di NCER serta merapatkan jurang sosio-ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Program empowerNCER terbahagi kepada dua komponen seperti berikut:

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendidikan bersifat inklusif dan mencapai kecemerlangan dalam akademik melibatkan pelajar-pelajar kurang cemerlang atau lemah akademik daripada keluarga B40 yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) and Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui peningkatan kemahiran pembangunan akademik dan sahsiah.

Kerangka pelaksanaan program:
1. Fasa 1 yang merangkumi 15 kawasan/daerah dan melibatkan 2900 pelajar (termasuk 300 pelajar Orang Asli) dijangka akan bermula pada Disember 2019. Kawasan/daerah yang terlibat adalah:

  • Negeri Perlis
  • Negeri Kedah (Langkawi, Kota Setar, Pendang, Yan, Baling, Sik dan Kuala Muda)
  • Negeri Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara)
  • Negeri Perak (Hulu Perak,Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang Selama, Kerian)

2. Fasa 2 yang merangkumi 17 kawasan/daerah dan melibatkan 3600 pelajar (termasuk 200 pelajar Orang Asli) dijangka akan bermula pada November 2020.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kemahiran asas dan latihan keusahawanan ke arah kebolehpasaran dan keusahawanan melibatkan golongan belia, wanita, ibu tunggal, penganggur serta Orang Asli terutamanya yang berada di dalam kumpulan B40. Program latihan ini bertujuan untuk melahirkan komuniti setempat yang berpendapatan tinggi melalui peningkatan pendapatan atau peningkatan pendapatan sampingan sama ada bekerja sebagai seorang usahawan atau bekerja sebagai pekerja dalam bidang yang telah dilatih.

Kerangka pelaksanaan program:
1. Fasa 1 yang merangkumi 11 kawasan/daerah dan melibatkan 2200 peserta telah bermula pada Ogos 2019. Kawasan/daerah yang terlibat adalah:

  • Negeri Perlis
  • Negeri Kedah (Langkawi, Kota Setar, Pendang, Yan, Baling, Sik dan Kuala Muda)
  • Negeri Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah)
  • Negeri Perak (Larut Matang Selama, Batang Padang)

2. Fasa 2 yang merangkumi baki 19 buah daerah dan melibatkan 3800 peserta dijangka akan bermula pada awal 2020.

Langkah seterusnya

Kami boleh membantu anda mengembangkan potensi anda di NCER

Sama ada anda telah membuat keputusan untuk mengembangkan potensi anda di sini atau anda baru memulakan penyelidikan, NCIA boleh membantu anda membuat keputusan yang betul.

Memahami minat anda

Anda harus mengetahui minat anda untuk membantu anda membuat keputusan adakah NCER adalah tempat terbaik untuk kajian atau perniagaan anda. Hubungi Pasukan Pembangunan Modal Insan NCIA untuk mendapatkan maklumat pasaran, bantuan pakar dan nasihat.

Hubungi kami