Memperkembang dan meningkatkan perniagaan anda

Program entrepreneurNCER adalah satu program yang holistik dan menyeluruh bagi membantu usahawan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Program ini menyediakan bantuan dari segi pinjaman pembiayaan kewangan dan khidmat bimbingan kepada usahawan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

entrepreneurNCER akan membangunkan PKS dan Mikro dengan mengurangkan kos menjalankan dan pengembangan perniagaan.

Langkah seterusnya

Kami boleh membantu anda mengembangkan potensi anda di NCER

Sama ada anda telah membuat keputusan untuk mengembangkan potensi anda di sini atau anda baru memulakan penyelidikan, NCIA boleh membantu anda membuat keputusan yang betul.

Memahami minat anda

Anda harus mengetahui minat anda untuk membantu anda membuat keputusan adakah NCER adalah tempat terbaik untuk kajian atau perniagaan anda. Hubungi Pasukan Pembangunan Modal Insan NCIA untuk mendapatkan maklumat pasaran, bantuan pakar dan nasihat.

Hubungi kami