Menyediakan pelbagai akses perkhidmatan penjagaan kesihatan dan runcit bagi keluarga berpendapatan rendah di Kedah.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan barangan runcit untuk masyarakat berpendapatan rendah di Kedah

Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) bagi menolong kaum ibu mengurus dan menampung perbelanjaan keluarga dalam pembelian barangan keperluan asas setiap bulan; di samping mendapat rawatan kesihatan untuk sekeluarga di klinik swasta.

Bantuan Program KIDA terbahagi kepada dua komponen seperti berikut:

Bantuan Barangan Keperluan Asas
Pembelian barangan keperluan asas adalah tertakluk kepada 15 kategori barangan seperti berikut:

Bantuan Rawatan Kesihatan
Faedah rawatan kesihatan bernilai RM500 setahun bagi setiap keluarga.

4,281

penerima KIDA

94

buah kedai telah dilantik menjadi panel

131

buah klinik telah dilantik menjadi panel

Output daripada KIDA

1. Meningkatkan kuasa membeli dan meningkatkan taraf hidup golongan sasaran.
2. Membasmi kemiskinan, meningkatkan keterangkuman dan pemberdayaan.
3. Menggalakkan permintaan pengguna & mencetuskan pengganda ekonomi di peringkat tempatan.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan dan barangan runcit secara percuma melalui Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) sekiranya anda berpendapatan rendah di Kedah.

Semak kelayakan anda

Bagaimana untuk menggunakan Kad KIDA?

  • Barangan runcit
  • Pergi ke kedai-kedai yang menyertai program KIDA
  • Membeli-belah untuk barangan runcit
  • Membuat pembayaran menggunakan kad KIDA di kuanter pembayaran
  • Masukkan Nombor PIN Kad KIDA
  • Semak resit sebelum meninggalkan kedai
  • Rawatan kesihatan
  • Pergi ke klinik-klinik yang menyertai program KIDA
  • Guna Kad KIDA untuk pendaftaran
  • Dapatkan rawatan dan ubat-ubatan
  • Semak resit dan baki sebelum meninggalkan klinik

Bagaimana untuk mengaktifkan Kad KIDA?

Pengaktifan dalam talian

Anda boleh mengaktifkan kad KIDA melalui dalam talian di mana sahaja anda berada.

Aktifkan Kad KIDA Anda

Pengaktifan melalui SMS

  • Taip WBC KACT dan 6 Digit Terakhir Nombor Kad KIDA Nombor 6
  • Hantar ke 33555

Pengaktifan melalui pusat pusat panggilan

  • Dial 1 800 22 6600
  • atau
  • email ke info[at]kidakedah.com

Kedai dan klinik yang mengambil bahagian

Kenal pasti kedai-kedai dan klinik di sekitar kawasan anda

Cari Klinik dan Kedai di kawasan anda

Hubungi Kami

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari

Visit kidakedah

Hubungi kami