09 Jan 2021 . Empowering the Rakyat
NTEP@NCER – Syarikat Oppstar Technology Sdn Bhd : Maklumbalas Peserta Mengenai Program

“Program NTEP@NCER memastikan graduan mendapat latihan yang secukupnya bagi melahirkan graduan yang kompetitif di masa akan datang.”

Maklumbalas oleh Mohd Zulhilmi Nazmi Bin Zulkifli, salah seorang graduan tempatan dari Universiti Malaysia Perlis bekerja sebagai IC Design Engineer di syarikat Oppstar Technology Sdn Bhd mengenai program NTEP@NCER.

NCER Talent Enhancement Programme (NTEP@NCER) membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia, wanita, graduan yang menganggur serta pekerja yang diberhentikan kerja. Melalui program ini, peserta juga akan diberikan latihan dan kemahiran insaniah untuk meningkatkan daya saing mereka.

NCER Talent Enhancement Programme (NTEP@NCER) juga memastikan bekalan tenaga kerja mahir yang mencukupi dan memenuhi keperluan industri di NCER. Selain program yang direka khas untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan, program ini juga menyediakan insentif menarik kepada syarikat-syarikat pelabur yang beroperasi di NCER.

Klik untuk maklumat lanjut mengenai NTEP@NCER: https://www.ncer.com.my/empowering-the-rakyat/upskilling-communities/ncer-talent-enhancement-programme-ntep/

#NCERmilestone #NCERinvestments #NTEPNCER