Membantu Meransangkan Ekonomi Bumiputera

PAKEJ RANSANGAN DANA USAHAWAN BUMIPUTERA NCER

YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan Prihatin Tambahan baru-baru ini. Bagi melengkapkan inisiatif kerajaan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan ini memperkasakan lagi Pakej Rangsangan di bawah program Dana Usahawan Bumiputera (DUB@NCER).

Dana Usahawan Bumiputera diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta Bumiputera di NCER. Bantuan kewangan sehingga 15% atau maksimum RM2 juta dari nilai kos projek layak bagi pembangunan infrastruktur (pelaburan minimum RM1.5 juta) dan pembelian mesin peralatan (RM250 ribu).

Kelayakan minimum untuk projek adalah seperti berikut:

Geran yang ditawarkan:

Kriteria dan syarat kelayakan syarikat:

  • Hanya syarikat bersaiz kecil dan sederhana sahaja yang layak untuk memohon dana ini. Kategori kecil dan sederhana perlu mengikut definasi SME Corporation.
  • Syarikat berkenan juga perlu memenuhi syarat – syarat berikut:
  • Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek-projek di dalam sektor teras NCIA yang memberi impak kepada industri dan komuniti adalah digalakkan memohon.

Pencapaian DUB@NCER:

Langkah Seterusnya

Dana Usahawan Bumiputera mungkin adalah peluang insentif yang menguntungkan untuk syarikat anda. Sila muat turun borang Pra Permohonan Insentif NCER dan emailkan kepada pihak kami di incentives@ncer.com.my. Untuk bercakap dengan perunding kami, sila hubungi +604- 502 0708

Hubungi Kami