17 Aug 2020 . News
empowerNCER@Pulau Pinang: Kolaborasi Antara NCIA & Kolej Komuniti Seberang Jaya

15 OGOS 2020 – NCIA dan Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSBJ) telah mengadakan suatu kolaborasi dalam menjayakan program empowerNCER@Pulau Pinang. Kerjasama ini merangkumi penglibatan bersama dalam aktiviti pembangunan dan kemajuan setempat dalam bidang TVET serta perkongsian kepakaran dan perundingan latihan. Kerjasama erat NCIA, KKSBJ bersama pihak industri membolehkan kursus-kursus dilaksanakan dengan jayanya, seperti kolaborasi strategik bersama NCIA dan UMP Advanced Education Sdn. Bhd.

Datin Shahdee Binti Dato’ Ahmad selaku Ketua, Sekretariat, Pejabat Ketua Eksekutif & Ketua, Bahagian Modal Insan, NCIA telah mewakili NCIA semasa majlis kolaborasi ini. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mansor Othman yang mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang untuk meninjau KKSBJ. DIf-dif jemputan termasuk YB Dr. Afif bin Bahardin selaku Adun Seberang Jaya , Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub , Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan En. Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah.

#NCERmilestone #KementerianPengajianTinggi #KPT

Sumber: NCER FACEBOOK – Posting Saturday, 15 August 2020