22 Aug 2020 . News
Majlis Komitmen Pelaburan di Negeri Kedah
Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor telah menyempurnakan Majlis Komitmen Pelaburan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman petang tadi. Majlis menyaksikan penukaran dokumen perjanjian antara NCIA dan pelabur-pelabur yang akan bertapak di Kedah Rubber City, Kulim Hi-Tech Park dan Langkawi. Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman Ku Ismail; dan Pengarah BPEN, YB Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. @ Wisma Darul Aman, Alor Setar