29 Jul 2020 . News
Majlis Menggerak Mula Program empowerNCER: Akademik Daerah Kerian, Perak

29 JULAI 2020 – Sebagai tanda permulaan Program empowerNCER Akademik di daerah Kerian, ‘Majlis Menggerak Mula Program empowerNCER Akademik’ telah dirasmikan oleh Naib Canselor & Presiden Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Profesor Ideris bin Zakaria.

Majlis ini telah berlangsung di SMK Kuala Kurau, Perak yang telah melibatkan seramai 150 orang murid-murid terpilih dari SMK Kuala Kurau serta SMK Gunung Semanggol dan SMK Mudzaffar Shah, bersama ibubapa/penjaga dan wakil guru.

Selain daripada pelancaran penggunaan sistem pembelajaran dan pengajaran menerusi iLearn Ace, pihak IUKL juga memberi penerangan tentang program kepada seluruh pelajar dan ibu bapa/penjaga ketika majlis berlangsung.

#NCERmilestone #NCERhumancapital #empowerNCER #empowerNCERakademik #Kerian #Perak #IUKL #SMKKualaKurau #SMKGunungSemanggol #SMKMudzaffarShah

Sumber: NCER FACEBOOK – Posting Wednesday, 29 July 2020