Sebanyak 300 tablet diedarkan kepada peserta Program empowerNCER: Akademik Pulau Pinang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari 8 buah sekolah di daerah Seberang Perai Tengah & Seberang Perai Utara ketika majlis hari ini.
Penyerahan tablet kepada para pelajar dari golongan sasaran hari ini adalah sebagai usaha memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus dilaksanakan secara lebih menarik dan efektif dengan modul yang telah siap dimuatnaik dalam tablet-tablet tersebut. Tambahan, tablet membolehkan pelajar yang tidak mempunyai akses dan kemudahan untuk tidak ketinggalan dan terus menelaah di rumah.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBRS. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor (USM) dan YBRS. En Zuhairi Mohmad, Pengarah Kanan Bahagian Perkidmatan Korporat (NCIA). @ Universiti Sains Malaysia




















