24 Jul 2020 . News
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Perak Darul Ridzuan

24 JULAI 2020 – Negeri Perak menyahut transformasi mengubah landskap ekonomi negeri dengan berfokus pada aktiviti baharu yang berasaskan ekonomi digital dan mempertingkatkan usaha menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi tinggi.

Selaras itu, NCIA membentangkan pelan pasca-COVID19, dan inisiatif pemerkasaan sosioekonomi negeri Perak ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri NCIA-Perak yang dipengerusikan oleh MB Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu di Ipoh petang tadi.

Mesyuarat JPN disusuli ‘Majlis Komitmen Pelaburan di Negeri Perak Darul Ridzuan’ yang menyaksikan komitmen pelaburan antara NCIA dengan tujuh (7) syarikat swasta yang akan mengembangkan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor dan industri di negeri Perak, lantas memajukan ekonomi negeri dan mewujudkan pekerjaan..

#NCERmilestone #MesyuaratJawatankuasaPemanduNegeri #JPNPerak #PKNPk