23 Jul 2020 . News
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pulau Pinang

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pulau yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah berlangsung di KOMTAR petang tadi.
Demi meningkatkan kemahiran rakyat Pulau Pinang terutamanya mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19, NCIA berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan melanjutkan program empowerNCER Fasa Kedua serta menjalinkan kerjasama dengan enam (6) buah syarikat ketika ‘Majlis Komitmen Pelaburan di Negeri Pulau Pinang’.

Dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan kualiti hidup graduan tempatan akan menggalakkan kemasukan pelabur bagi mengambil kesempatan tenaga kerja tersedia, dan secara langsung membawa masuk pelaburan serta pembangunan ekonomi ke negeri Pulau Pinang.

Program empowerNCER bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan tahap sosioekonomi masyarakat setempat melalui latihan kemahiran dan keusahawanan yang membolehkan peserta meningkatkan pendapatan melalui peluang pekerjaan atau memulakan perniagaan mikro. Pada masa ini, latihan perniagaan online dan ‘digitalization’ diberi fokus bagi membolehkan peserta terus menjalankan perniagaan.

#NCERmilestone #MesyuaratJawatankuasaPemanduNegeri #JPNPulauPinang