22 Aug 2020 . News
NCIA di Program Karnival Kerjaya Dan Kemahiran JobsMalaysia, Slim River, Perak
22 OGOS 2020 – NCIA telah menyertai Program Karnival Kerjaya Dan Kemahiran JobsMalaysia anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak yang diketuai oleh En. Fajaffri Mohd Fadzil, Pengarah Kanan, Bahagian Pelaburan.
Program ini merupakan salah satu usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan dan kemahiran kepada pencari kerja pelbagai latar belakang.
NCIA terlibat dalam mempromosikan program JomKerja@NCER, JomNiaga@NCER, NTEP dan empowerNCER.
Program dirasmikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia bertempat di Dewan Tan Sri Haji Ghazali, Slim River, Perak.