03 Jun 2021 . News
Pemerkasa PLUS: Perluas moratorium termasuk kepada M40 – Pakar ekonomi
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperluaskan moratorium secara automatik kepada semua golongan termasuk M40.
Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Prof Madya Yusuf Saari berkata, ini kerana sekatan penuh yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah bersifat menyeluruh.
Langkah tersebut juga, kata beliau, memudahkan kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang efektif dan memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada individu yang disasarkan.
“Ini kerana kita melihat situasinya berdasarkan pengalaman yang lepas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 moratorium secara menyeluruh, ada kes yang tidak sampai kepada golongan bawahan.
“Ini kan pula kalau kita buat bersasar… saya kira golongan M40 akan banyak terkesan dan benarlah (dakwaan-dakwan) mereka (terjejas) akibat pelaksanaan PKP penuh ini.
“Kalau kita mengambil kira PKP yang diadakan pada pertengahan tahun ini dan bergerak ke hadapan dengan keadaan ekonomi yang masih terumbang-ambing dan kadar penganguran yang masih tinggi sekitar 4.7 peratus pada Mac, saya kira moratorium yang menyeluruh amat diperlukan, selain bantuan-bantuan lain kepada M40,” katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Source : Astro Awani – 2 June 2021 (Wednesday)
Source link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerkasa-plus-perluas-moratorium-termasuk-kepada-m40-pakar-ekonomi-301148