30 Aug 2021 . News
Perancangan dan strategi mantap NCIA

Selari dengan agenda pemulihan ekonomi Kerajaan Malaysia, perancangan dan strategi mantap telah dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi terus menangani impak pandemik COVID-19 bagi keperluan sosioekonomi rakyat.

Pelan Pembangunan Strategik (SDP) NCER 2021-2025 dibentangkan pada Mesyuarat Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23 (PB23) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SDP menjangkakan NCER akan menjadi ekonomi bernilai RM300 bilion menjelang tahun 2025. Bagaimanapun, tambahnya, disebabkan pandemik yang berterusan, sasaran berkenaan telah dianjak selama dua tahun lagi.

“Menerusi inisiatif yang ditekankan dalam SDP, NCER dijangka mewujudkan lebih 160,000 peluang pekerjaan baharu dan lebih 42,000 usahawan, manakala pelaburan terkumpul dijangka berkembang kepada RM146.5 bilion,” ujarnya.

Program Modal Insan yang telah dilaksanakan, khususnya empowerNCER, entrepreneurNCER, NCER Talent Enhancement Programme (NTEP) dan Dana Usahawan Bumiputera (DUB) telah ditambah baik untuk lebih fokus kepada kumpulan yang terkesan dengan pandemik khususnya, dari kategori B40 dengan menyediakan peluang pekerjaan atau keusahawanan. Selain daripada itu, NCIA telah mewujudkan dua program fast-track yang dikenali JomKerja@NCER dan JomNiaga@NCER bagi menangani impak wabak COVID-19.

NCIA telah memperkenalkan projek infrastruktur pemangkin seperti Lebuhraya Koridor Utara (NCH) sepanjang 140 kilometer yang menghubungkan Sungai Petani di Kedah; Batu Kawan di Pulau Pinang; Changkat Jering di Perak; yang menghubungi Lebuhraya Pantai Barat. Alternatif itu adalah pemangkin kepada pembangunan NCER dengan menyediakan jaringan perhubungan yang mantap khususnya antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Di Perak, NCIA telah menerajui pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP) dan projek Ipoh Heritage Tourism di Ipoh, serta membantu dalam pengembangan Pelabuhan Lumut di Manjung dan pertumbuhan Hab Auto Tanjung Malim di Tanjung Malim. NCIA juga menyokong pembangunan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pelaksanaan Pulau Bebas Cukai Pangkor.

 

 

Source : Perak Technology – 30 August 2021 (Monday)

Source link : https://virtual.peraktechnology.com/post/660785035875680256/selari-dengan-agenda-pemulihan-ekonomi-kerajaan