15 Dec 2020 . News
Program empowerNCER Akademik Orang Asli Daerah Tapah

Testimoni mengenai Program empowerNCER Akademik Orang Asli Daerah Tapah, Perak semasa Program Keibubapaan yang telah berlangsung di Dewan Jelutong Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah pada hari Sabtu lalu.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk membantu ibubapa mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan potensi diri bagi meneruskan kelestarian dalam akademik anak-anak mereka. Program ini turut menjemput YBhg. Prof. Dato’ Dr. Bahari Belaton, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) untuk memberikan taklimat kepada 116 ibubapa masyarakat Orang Asli yang hadir. I

bu bapa dan anak-anak masyarakat Orang Asli di bawah program empowerNCER-Akademik juga digalakkan untuk menyertai program empowerNCER-Latihan Kemahiran & Keushawanan bagi menjana pendapatan.

Sumber: NCER Youtube