21 Sep 2021 . News
Projek impak tinggi bakal kukuh ekonomi, pelaburan Kedah

ALOR SETAR – Pelaksanaan projek berimpak tinggi bakal meletakkan Kedah di landasan yang betul ke arah pengukuhan sektor ekonomi dan pelaburan pada masa hadapan.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, ia dapat dicapai menerusi projek yang dirancang seperti Kedah Rubber City; Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone merangkumi Kedah Science & Technology Park serta Kota Perdana, Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing Hub, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Lebuh Raya Koridor Utara serta pembesaran Kulim Hi-Tech Park.

Baginda sukacita perancangan kerajaan membuahkan hasil apabila prestasi pelaburan Kedah bagi suku pertama tahun ini adalah yang terbaik dalam negara dengan jumlah pelaburan RM43 bilion.

“Tahniah beta ucapkan kepada pentadbiran negeri atas kejayaan merencanakan agenda ekonomi dan pelaburan.

“Selaras dengan prospek ekonomi negeri yang semakin pesat, beta menyeru jentera pentadbiran lebih bersedia,” titah Sultan Sallehuddin ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 secara sidang video pada Isnin.

Sultan Sallehuddin mahu agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah ditransformasikan melalui penstrukturan lebih konstruktif dan telus kerana ia pendukung terpenting aspirasi pembangunan sosioekonomi dan pelaburan negeri.

“Penekanan harus diletakkan kepada perancangan strategik dan pelan perniagaan GLC yang lebih selari dengan ekonomi semasa.

 

 

Source : Sinar Harian – 21 September 2021 (Tuesday)

Source link : click here