27 Jul 2020 . News
Taklimat Berkaitan Pembangunan Industri di Pulau Pinang

Pihak NCIA telah memberi taklimat berkaitan pembangunan industri di Pulau Pinang, khususnya pembangunan di Batu Kawan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, YB. Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat. Perjumpaan ini telah membantu menyelaraskan fokus dan potensi pembangunan di Seberang Perai terutamanya dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Sumber: NCER FACEBOOK – Posting Monday, 27 July 2020