Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Kedah

26 JULAI 2020 – NCIA komited dan prihatin dalam meningkatkan pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong peralihan ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah di Alor Setar malam tadi, membincangkan kesan dan implikasi wabak COVID-19, mengenal pasti projek dan program ‘quick-win’ serta insentif yang sesuai untuk menyokong pemulihan dan pemerkasaan sosioekonomi negeri Kedah.

NCIA membentangkan pelan pasca-COVID19, dengan pendekatan strategi serampang tiga mata yang menyarankan tumpuan pada pembangunan infrastruktur strategik dan mempercepatkan pertumbuhan pelaburan swasta serta memperkasakan rakyat.

Selaku pihak pembangunan wilayah, pendekatan NCIA berfokus pada pembangunan infrastruktur strategik dan mempercepatkan pertumbuhan pelaburan swasta serta memperkasakan rakyat dalam menyokong peralihan ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi.

#NCERmilestone #MesyuaratJawatankuasaPemanduNegeri #JPNKedah

Sumber: NCER FACEBOOK – Posting Sunday, 26 July 2020