Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Perlis

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri NCIA-Perlis 2/2020 dipengerusikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan Man di Lembah Chuping, petang tadi.

Mesyuarat JPN disusuli ‘Majlis Komitmen Pelaburan di Negeri Perlis’ dengan sesi pertukaran dokumen perjanjian antara lima (5) syarikat swasta bersama dengan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Issace yang turut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf komitmen pelaburan syarikat-syarikat swasta dalam membangunkan sosioekonomi negeri Perlis.

Pusat Perniagaan Bersepadu (CVIA-IBC) kini telah siap dengan ruang inkubasi, pejabat transit, penginapan sementara jangka pendek dan kemudahan bersama serta sebagai lokasi perintis untuk aktiviti pembuatan para pelabur. Penyewa terawal di CVIA-IBC ketika ini adalah Tessolve Semiconductor Sdn Bhd, Kulim Advanced Technology Sdn Bhd, PGMedic dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

#NCERmilestone #MesyuaratJawatankuasaPemanduNegeri #JPNPerlis #Perlis #CVIA #CVIA-IBC #PDRM @Chuping

Sumber: NCER FACEBOOK – Posting Tuesday, 28 July 2020