Objektif Tabung
Platform kolaborasi di antara sektor swasta dan sektor awam melalui Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang mengumpulkan sumbangan berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada sektor swasta.
Dana akan digunakan untuk program berkaitan pembangunan dan peningkatan status sosioekonomi di wilayah NCER termasuk pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur, ekosistem dan komuniti.
Manfaat Kepada Penyumbang
Soalan Lazim
Soalan | Jawapan |
---|---|
Siapa yang menguruskan Tabung? | Tabung akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara. |
Apakah tujuan dan fungsi Tabung? | Berperanan untuk menyediakan bantuan kepada komuniti yang disasarkan melalui program berstruktur NCER selaras dengan aspirasi dan dasar negara. |
Siapa penerima manfaat? | Komuniti terpinggir di NCER – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. |
Siapa yang boleh menyumbang? | Terbuka kepada semua jenis organisasi yang berdaftar. Syarikat tempatan dan antarabangsa, badan bukan kerajaan, yayasan, syarikat sosial, agensi kerajaan dan pusat zakat. |
Kenapa kita perlu menyumbang? | Bagi memenuhi tanggungjawab CSR/SDG/ESG organisasi dan/atau untuk penjenamaan syarikat. Membentuk Kerjasama dalam mengumpulkan sumber untuk mencapai kesan yang lebih besar kepada masyarakat dan sosioekonomi. |
Bagaimana untuk menyumbang / terlibat? | Hanya perlu mengisi borang di laman sesawang Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER. |
Bagaimana untuk membuat bayaran/sumbangan? |
|
Berapa nilai sumbangan? | Tidak kurang daripada RM1,000. |
Jenis sumbangan? | Tunai. |
Bolehkah saya dapatkan manfaat cukai? | Boleh. Semua jenis sumbangan tunai layak untuk mendapat manfaat cukai di bawah S.44(11C) Cukai Pendapatan 1967– potongan cukai. |
Siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tabung? | Anda boleh hubungi urus setia Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER. e-mel: secretariattabungdpmi@ncer.com.my |
BORANG TUNJUK NIAT UNTUK SUMBANGAN CSR
Anda boleh membuat sumbangan dengan mengisi borang dalam talian dan pembayaran melalui pindahan bank atau cek kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dengan melayari laman sesawang Tabung DPMI atau mengimbas kod QR:
Penafian
- Penyumbang tidak pada bila-bila masa dilanggar atau melanggar mana-mana undang-undang yang telah dikuatkuasakan di Malaysia dan/ atau negara asal, khususnya berkaitan anti-rasuah dan pengubahan wang haram.
- Penyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak akan terlibat dalam atau membabitkan diri penyumbang dalam sebarang aktiviti rasuah dengan mana-mana pihakberkenaan urusan sumbangan ini.
MAKLUMAT URUSETIA TABUNG DAN BANK
Sekretariat Tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)
1114, Jalan Perindustrian Bukit Minyak 18, Taman Sains Pulau Pinang, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia.
- Tel: + 604 503 0020
- e-mel: secretariattabungdpmi@ncer.com.my