Bagaimana NCER Menjadi Destinasi Pelaburan Menarik
NCER menawarkan ekosistem perniagaan yang dinamik dan kukuh dengan berpeluang menjana pertumbuhan dan keuntungan. Wilayah ini turut menawarkan infrastruktur yang terbaik dan tenaga kerja yang produktif selain ditadbir urus oleh sistem perundangan yang memiliki dasar Kerajaan yang mesra perniagaan dan disokong oleh ekonomi berasaskan pasaran.
Kuasa ekonomi dunia seperti China dan India boleh diakses dengan mudah dari wilayah ini menerusi infrastruktur pengangkutan bertaraf dunia yang menyediakan peluang perdagangan dan pelaburan rentas sempadan. Malaysia yang memiliki dasar ekonomi yang terbuka telah memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan ramai rakan perdagangan selain turut merupakan ahli Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Ini membolehkan perniagaan di NCER melibatkan diri dalam perdagangan yang hampir bebas tarif, yang seterusnya membolehkan perniagaan dilaksanakan dengan kos yang lebih efektif.