Memodenkan Sektor PERTANIAN DI NCER
Bagi mentransformasi dan memodenisasi sektor pertanian NCER, NCIA mengadaptasi model perniagaan Syarikat Peneraju untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam projek pertanian dan dalam masa yang sama memupuk petani tempatan.
Berdasarkan model perniagaan ini, syarikat yang memiliki rekod pencapaian yang cemerlang akan dilantik untuk mengetuai projek pertanian strategik di wilayah ini menerusi ladang nukleus mereka. Syarikat Peneraju juga ditugaskan untuk menyediakan bimbingan kepada petani kontrak dan membeli hasil bernilai tinggi dari ladang satelit secara beli semula.
NCIA juga menambah baik Model Pengurusan Ladang (EMM) untuk penanaman padi dengan melibatkan penggabungan tanah, memperkenalkan pertanian pintas dan integrasi tanaman kontan.