Perpustakaan Digital Kedah (KDL)
Perpustakaan Digital Kedah (KDL) menawarkan pengunjung ruang membaca kreatif dan dimensi baharu dalam pencarian ilmu melalui pendigitalan.
KDL ditempatkan di Bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman sedia ada di Alor Setar, dalam kawasan seluas 2.13 ekar. Bangunan itu sendiri merupakan mercu tanda ikonik, kaya dengan nilai warisan dan daya tarikan, terletak di kawasan hijau yang subur.
Pembangunan KDL dilaksanakan dalam dua fasa.
Projek Perpustakaan Digita Kedah (KDL) dilengkapi dengan kemudahan komersial seperti kafeteria dan restoran, serta dewan komuniti yang akan berfungsi sebagai ruang pelbagai acara. KDL menyediakan persekitaran kondusif yang menggalakkan interaksi dan kerjasama; dan sebagai tempat di mana pengetahuan diperoleh melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.