Ecosystem Support & Incentives

Dana Usahawan (DU@NCER)

Ecosystem Support & Incentives

Dana Usahawan (DU@NCER)

Inisiatif Pelaburan Swasta Bumiputera

 

DU@NCER adalah DANA PEMANGKIN sebagai TIPPING POINT (sokongan berbentuk geran) kepada syarikat-syarikat Mikro dan SME Bumiputera yang berkelayakan bagi meneroka pelaburan baharu atau perkembangan perniagaan selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER (SDP2021 – 2025) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang memfokuskan kepada sektor-sektor teras di NCER. Dana ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera di dalam rantaian nilai dan ekosistem industri melalui pembangunan projek-projek katalis yang terletak di NCER.

 

Geran yang ditawarkan adalah sehingga 15% dari *kos layak projek atau maksimum RM 2 juta (yang mana lebih rendah) dan pembayaran geran adalah dibuat berdasarkan ‘reimbursement basis’ iaitu 25%, 25% dan 50% atau sebarang kaedah pembayaran yang diluluskan oleh Jawatankuasa Melulus NCIA.

 

Ciri-ciri keutamaan projek bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:

  • Projek yang menekankan konsep adaptasi automasi & digitalisasi, pembangunan vendor tempatan, pematuhan ESG dan pembangunan produk  atau pasaran keperingkat yang lebih tinggi
  • Merapatkan jurang ekonomi diantara wilayah melalui pembangunan projek-projek katalis
  • Mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya di peringkat mahir & separuh mahir dan peluang keusahawanan
  • Mewujudkan aktiviti yang boleh memberi kesan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat dan meningkatkan rantaian nilai (high multiplier effect)

Klik gambar untuk perbesar

Kriteria dan syarat kelayakan:

Klik gambar untuk perbesar

Sekiranya anda bersedia untuk memohon mana-mana insentif yang ditawarkan, sila daftarkan permohonan anda dan isikan borang melalui permohonan dalam talian kami di sini:

GET IN TOUCH

enquiry form