23 Mar 2021 ·
Photo Gallery
Penyampaian sumbangan kepada penerima KIDA oleh Kementerian Kewangan Malaysia bersama Pihak NCIA
Penyampaian sumbangan kepada penerima KIDA oleh Kementerian Kewangan Malaysia bersama Pihak NCIA di Mukim Siong, Baling Kedah.
Seramai 126 penerima KIDA di Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah telah menerima sumbangan “Food Basket” daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Misi Prihatin MoF.
Food basket tersebut telah diedarkan oleh NCIA bagi pihak MoF pada Jumaat dan Sabtu yang lalu kepada penerima KIDA dan keluarga mereka yang tinggal di 15 kampung di Mukim Siong, dan turut disertai oleh wakil MoF, En Firdaus Bin Md Din pada hari Jumaat.
NCIA diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mohamad Haris Kader Sultan; Ketua Modal Insan, Datin Shahdee Ahmad dan Ketua Wilayah Kedah & Perlis, Encik Fauzan Ismail.
Terima kasih Kementerian Kewangan Malaysia. Sumbangan yang diberikan amat dihargai.
#NCERmilestone2021 #NCERhumancapital2021 #MisiPrihatinMoF #kementeriankewanganmalaysia #ministryoffinance