News

Kedah Mahu Dilibat Perancangan Buka Semula Sempadan Malaysia-Thailand

16 Feb 2022

PENDANG: Kerajaan negeri memohon disertakan dalam perancangan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand yang dijangka dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ia kerana negeri ini mempunyai pintu sempadan darat utama melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan ICQS Durian Burung.

“Keputusan pembukaan sempadan adalah di peringkat Kerajaan Persekutuan, bagaimanapun kita minta terlibat sama kerana Kedah juga ada sempadan Malaysia-Thailand,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Ke Tapak Program Model Pengurusan Padi (EMM) 2.0 di Kampung Asma Jawa, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadannya dengan Malaysia bulan depan bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan.

Muhammad Sanusi berkata, setakat ini kerajaan negeri dimaklumkan pembukaan sempadan akan menggunakan kaedah tertentu seperti gelembung pelancong di Langkawi sebelum ini.

“Saya difahamkan ada beberapa cadangan dan kaedah akan ditetapkan dalam pembukaan sempadan negara, antaranya tak boleh rentas begitu sahaja. Selain itu, orang ramai juga tidak boleh guna kenderaan persendirian, hanya pengangkutan tertentu dibenarkan,” katanya.

Beliau turut meminta penduduk Kedah terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan negeri ini mencatatkan jangkitan harian COVID-19 tertinggi semalam dengan 2,733 kes, disebabkan masyarakat kembali kepada norma lama selain kerana cuti perayaan dan penganjuran majlis sosial.

“Kita memang susah hati apabila berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, kita minta agar Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk pantau selain penduduk perlu bekerjasama putuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Source: Berita Harian – 16 February 2022 (Wednesday)
ready to invest

READY TO INVEST?

Explore investment opportunities with us. Get in touch to learn more.

 

Contact Us

unlock the future

unlock the future

Explore what NCER has to offer and be part of the narrative that propels us forward.

 

View Reports