News

Kesan Pelaburan Tidak Datang Segera – MB

23 Mar 2022

ALOR SETAR: Pelaburan sebanyak RM68.3 bilion yang diterima kerajaan Kedah tahun lepas bukan boleh memberi impak sekelip mata kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesan pelaburan itu tidak datang dengan segera kerana ia perlu melalui prosesnya terlebih dahulu.

“Kalau arwah Ustaz Azizan dia akan jawab ‘tapai pun dua malam ceq oi baru jadi tapai’, inikan pula pelaburan buat kilang tentulah mengambil masa bertahun-tahun,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah semalam.

Menurutnya juga sehingga sekarang 5,000 pekerja yang bekerja di AT & S Contruction di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Kata beliau pekerja industri tersebut ada yang dihantar mendapat latihan di China bagi kumpulan pertama dan latihan dalam negara bagi ‘batch’ kedua.

Ketika merasmikan persidangan Dun Kedah Ahad lepas Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berbangga di atas kejayaan kerajaan negeri mencatat pelaburan sebanyak RM68.3 bilion tahun lepas.

Menurut baginda pencapaian tersebut merupakan satu sejarah dan rekod baharu di Kedah.

“Beta percaya kejayaan ini adalah hasil jalinan kerjasama erat antara kerajaan negeri, Kulim Technology Park Corporation, Invest Kedah Berhad dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pemain-pemain industri lain dalam menarik pelaburan luar ke Kedah,” titah baginda.

Source: Harakah Daily – 23 March 2022 (Wednesday)
ready to invest

READY TO INVEST?

Explore investment opportunities with us. Get in touch to learn more.

 

Contact Us

unlock the future

unlock the future

Explore what NCER has to offer and be part of the narrative that propels us forward.

 

View Reports