News

Memorandum Tuntut Benarkan Industri Kanabis, Hemp, Ketum

23 Mar 2022

KUALA LUMPUR: Satu memorandum menuntut kerajaan membenarkan industri kanabis perubatan, hemp dan ketum di negara ini akan dihantar kepada Perdana Menteri, minggu depan.

Memorandum yang sama juga akan dihantar ke Kememterian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri.

Memorandum itu akan diserahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama wakil tiga organisasi yang menuntut industri kanabis perubatan, hemp dan ketum diterima di negara ini.

Tiga organisasi itu Pusat Racun Negara (PRN), Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Cheras Pinang Sdn Bhd.

Kandungan memorandum itu adalah hasil dapatan Forum Awam Kemampan Masa Depan Kanabis Perubatan, Hem Perindustrian dan Industri Ketum di Malaysia, yang diadakan 16 Disember, tahun lalu.

Zahidi yang juga Pengerusi IKIAM berkata, memorandum itu adalah langkah pertama dalam usaha untuk menjadikan tanaman kanabis, hemp dan ketum sebagai produk tanaman komoditi negara.

Katanya, apa yang dilaksana itu bukan mahu mahu menggalakkan orang ramai menyalahgunakan kanabis, hemp atau minum ketum.

“Apa yang kita buat ini bukan kita hendak suruh masyarakat minum ketum, kita nak eksport ketum bagi tujuan perubatan.

“Ini kerana ketum sebagai contohnya mendapat permintaan yang besar dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Jerman, malah di Jerman mereka sudah mempatenkan tanaman ini.

“Sekarang ini, kita pula kena bayar kepada Jerman sebab mereka sudah patenkan tanaman ini, ini satu kerugian kerana kita lewat beri kelulusan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, selain memorandum itu, kumpulan berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan Ahli Parlimen bagi menerangkan mengenai penggunaan kanabi, , hemp dan ketum untuk perubatan.

Katanya, ucapan tahniah diberikan kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) yang kini berusaha mendapatkan kebenaran melakukan aktiviti mengeksport daun ketum ke Thailand.

Beliau menjelaskan, dari aspek ekonomi jika diluluskan tanaman kanabis, hemp dan ketum boleh membantu pekebun kecil, petani dan penternak di negara ini.

“Dalam keadaan rakyat dihimpit masalah sara hidup, inilah cara kita bantu pekebun kecil, petani dan penternak ini, malah jika ini menjadi industri memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

“Pada masa ini harga ketum RM10 sekilogram yang mana dengan lima pokok saja dapat memberikan pendapatan lebih kurang RM2,000 sebulan.

“Untuk satu ekar tanah (0.4 hektar), mereka boleh dapat pendapatan lebih RM3,000 dan kalau 10 ekar (4 hektar) pendapatan boleh cecah RM30,000 sebulan,” katanya.

Beliau menjelaskan, hasil kajian mendapati tanaman seperti ketum mudah hidup tanpa memerlukan kos penanaman yang besar.

Antara kandungan memorandum itu adalah mengenai masa depan mampan kanabis untuk perubatan, hemp untuk perindustrian dan industri ketum di Malaysia, yang dibiayai secara bebas dan di peringkat tempatan tanpa pengaruh asing.

Turut dikemukakan hasil perbincangan berkaitan inovasi dan pengkomersialan sebuah projek perintis berkaitan kanabis, hemp dan ketum.

Memorandum itu turut kemukakan kajian semula setara terhadap bukti dan teknologi mengenai penemuan saintifik, ujian klinikal dan paten didaftarkan di luar negara menunjukkan bahan dan biokimia semulajadi tanaman ini merevolusikan industri perubatan, kosmetik dan makanan di seluruh dunia.

Selain itu, memorandum itu mengemukakan bagaimana tanaman berkenaan mampu menghapuskan kemiskinan dalam kalangan petani luar bandar dan memodenkan penanaman dengan cara yang mampan melalui penggunaan teknologi.

Source: Berita Harian – 23 March 2022 (Wednesday)
ready to invest

READY TO INVEST?

Explore investment opportunities with us. Get in touch to learn more.

 

Contact Us

unlock the future

unlock the future

Explore what NCER has to offer and be part of the narrative that propels us forward.

 

View Reports