Program Bersepadu Orang Asli NCER, UPSI Sokong Komitmen KPM
Program Bersepadu Orang Asli NCER, UPSI Sokong Komitmen KPM
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan inisiatif transformasi pendidikan orang Asli dan pribumi menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti serta relevan dengan keperluan semasa.
Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara inisiatif itu termasuklah penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 sehingga K11.